Selasa, 30 Disember 2008

SALAM PERPISAHAN

Saya berasa amat bertuah apabila dilantik untuk menjadi jurulatih kepada pasukan kawad puteri SKPTM. Sesungguhnya saya dapat belajar sesuatu yang baru tentang kawad walaupun saya memang seorang guru kawad.Menjadi sebahagian dari pasukan yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan di negeri Pulau Pinang merupakan satu tugas yang amat berat dalam memastikan kemenangan sentiasa didalam genggaman. Terima kasih kepada Cikgu Mazilah yang memperkenalkan saya kepada dunia kawad formasi ini. Terima kasih juga kepada Cikgu Ahmad Rashidi yang sentiasa membantu saya dari segi aspek teknikal dan latihan.Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat di sepanjang saya menjadi jurulatih pasukan ini. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil daripada dedikasi dan kerajinan pelajar-pelajar sewaktu menjalani latihan. Sekali lagi terima kasih SKPTM di atas pengalaman berharga ini. Akan saya bawa pengalaman ini kemana sahaja saya pergi dan insyaallah jika diizinkan mungkin satu hari nanti kita berjumpa di gelanggang keramat itu. Akhir kata saya sentiasa berharap dan berdoa agar pasukan kawad kaki TKRS SKPTM terus mencapai kejayaan pada tahun 2009 danseterusnya.

Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan didalam padang.
Semoga berjumpa lagi.

Cikgu Shaiful Fairuz B. Shahidan ( From Perlis Indera Kayangan )