Ahad, 29 Mac 2009

PASUKAN TKRS SKPTM MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN

Pada 28 Mac 2009, bertempat di Stadium Batu Kawan, Pasukan Kawad TKRS SKPTM telah sekali lagi berjaya menjadi johan dalam kategori puteri sekolah rendah di peringkat daerah Seberang Perai Selatan. Dengan kejayaan pada tahun 2009, pasukan ini telah berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali yang ke 7 berturut-turut. Pasukan kawad TKRS SKPTM telah menjadi sebuah pasukan yang tidak pernah kalah sejak pertandingan ini diperkenalkan untuk sekolah-sekolah rendah.
Pasukan ini juga akan meneruskan latihan sebagai persiapan untuk pertandingan di peringkat negeri dan mempertahankan gelaran sebagai johan negeri yang dipegang selama 6 tahun berturut-turut. Sekali lagi tahniah buat Pasukan TKRS dan guru-guru !

Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan di dalam padang !


Bersiap sedia semasa pemeriksaan pakaian


Menunggu arahan di tengah gelanggang


Melangkah segak serikandi SKPTM






Selasa, 30 Disember 2008

SALAM PERPISAHAN

Saya berasa amat bertuah apabila dilantik untuk menjadi jurulatih kepada pasukan kawad puteri SKPTM. Sesungguhnya saya dapat belajar sesuatu yang baru tentang kawad walaupun saya memang seorang guru kawad.Menjadi sebahagian dari pasukan yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan di negeri Pulau Pinang merupakan satu tugas yang amat berat dalam memastikan kemenangan sentiasa didalam genggaman. Terima kasih kepada Cikgu Mazilah yang memperkenalkan saya kepada dunia kawad formasi ini. Terima kasih juga kepada Cikgu Ahmad Rashidi yang sentiasa membantu saya dari segi aspek teknikal dan latihan.Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat di sepanjang saya menjadi jurulatih pasukan ini. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil daripada dedikasi dan kerajinan pelajar-pelajar sewaktu menjalani latihan. Sekali lagi terima kasih SKPTM di atas pengalaman berharga ini. Akan saya bawa pengalaman ini kemana sahaja saya pergi dan insyaallah jika diizinkan mungkin satu hari nanti kita berjumpa di gelanggang keramat itu. Akhir kata saya sentiasa berharap dan berdoa agar pasukan kawad kaki TKRS SKPTM terus mencapai kejayaan pada tahun 2009 danseterusnya.

Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan didalam padang.
Semoga berjumpa lagi.

Cikgu Shaiful Fairuz B. Shahidan ( From Perlis Indera Kayangan )

Selasa, 11 November 2008

ADIK EKASYAH DIANUGERAHKAN TOKOH KOKURIKULUM

Pada tanggal 8 November 2008, adik Ekasyah Syazleen telah dianugerahkan Tokoh Kokurikulum 2008. Kejayaan adik Ekasyah turut sama dikongsi oleh semua warga Pasukan Kawad Kaki TKRS SKPTM. Adik Ekasyah merupakan salah seorang ahli pasukan kawad yang lama iaitu sejak dari tahun 2005 ( Tahun 3) lagi. Beliau juga sentiasa memberi komitmen yang tinggi semasa pertandingan dan juga latihan.

Kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan adik Ekasyah dan seterusnya mengharumkan nama pasukan kawad sekolah. Tahniah !


Berdiri di atas pentas bersama bonda kesayangan.


Menerima hadiah Tokoh Kokurikulum 2008

Isnin, 10 November 2008

PENGHARGAAN DI ATAS KEJAYAAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN


Pada 8 November 2008, pasukan kawad kaki TKRS puteri SKPTM telah diberi penghargaan khas di atas kejayaan layak bertanding di peringkat kebangsaan selama 6 tahun berturut-turut. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat iaitu Puan Saniyah Hashim sendiri. Seramai 35 orang pelajar yang mewakili sekolah telah menaiki pentas untuk menerima penghargaan tersebut di atas dedikasi dan komitmen mereka sewaktu menjalani sesi latihan dan seterusnya bergelar Johan Daerah dan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli kawad kaki TKRS puteri SKPTM .
"Yakinkan diri dengan semangat, kalahkan lawan di dalam padang."



Bersedia untuk menerima hadiah .
Membuat perbarisan menerima tetamu.

Sabtu, 8 November 2008

SENARAI NAMA KETUA PLATUN TKRS SKPTM

TAHUN 2008
1.SYARIFAH SAKINAH BINTI TUAN BESAR
2.ZALIFAH BINTI KAMARUDDIN

TAHUN 2007
1.SITI JUMAYAH BINTI ISHAK
2.SYARIFAH SAKINAH BINTI TUAN BESAR

TAHUN 2006
1.RAFIDAH BINTI ABU BAKAR

TAHUN 2005
1.RAFIDAH BINTI ABU BAKAR

Sabtu, 30 Ogos 2008

RINGKASAN PENCAPAIAN PASUKAN KAWAD TKRS SKPTM

1.Johan Daerah......................2003 –SMKA Nibong Tebal
2.Johan Negeri.......................2003 –Pusat Koko BM
3.Peringkat Kebangsaan.......2003 –Sarawak
4.Johan Daerah......................2004 –SMKA Nibong Tebal
5.Johan Negeri.......................2004 –SMKA Nibong Tebal
6.Peringkat Kebangsaan.......2004 -Perlis
7.Johan Daerah......................2005 -SMKA Nibong Tebal
8.Johan Negeri.......................2005 -Pusat Koko BM
9.Peringkat Kebangsaan.......2005 -Kedah
10.Johan Daerah.....................2006 -SMKA Nibong Tebal
11.Johan Negeri......................2006 -Pusat Koko BM
12.Peringkat Kebangsaan......2006 -Sabah
13.Peringkat Daerah..............2007 - SMKA Nibong Tebal
14.Johan Negeri......................2007 - PPD Nibong Tebal
15.Peringkat Kebangsaan......2007 - Pulau Pinang
16.Johan Daerah.....................2008 - SMKA Nibong Tebal
17.Johan Negeri......................2008 -Pusat Koko BM
18.Peringkat Kebangsaan......2008 -Kelantan

Khamis, 7 Ogos 2008

LATIHAN INTENSIF KAWAD KAKI DI PENDANG

Pada 17 dan 18 Mei 2008 yang lalu, pasukan kawad kaki puteri SKPTM telah mengadakan latihan di Pendang Lake Resort, Kedah. Latihan diadakan sebagai persiapan untuk menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan. Seramai 35 orang anggota pasukan dan 4 orang guru terlibat di sepanjang program ini.


Sekitar Program Latihan Intensif


Mendengar arahan jurulatih.

Bersungguh-sungguh tapi sempat menjeling lagi !!!!


Mendengar amanat daripada Encik Ramli, Pegawai PPD Selatan.

Pemeriksaan barisan semasa hari penutupan program oleh guru besar