Rabu, 23 Julai 2008

JUARA PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI PULAU PINANG

SEJARAH KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN
PASUKAN KAWAD KAKI PUTERI
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT(SKPTM )

Pasukan kawad kaki Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat telah ditubuhkan sekitar tahun 2003 oleh Cikgu Mazilah Mustaffa. Pertandingan kawad kaki sekolah rendah merupakan satu program baru yang diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah di Seberang Perai Selatan.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat telah menyahut cabaran yang diberi dengan mewujudkan sebuah pasukan kawad kaki yang dibimbing sepenuhnya oleh Cikgu Mazilah . Pasukan Kawad Kaki Puteri telah berjaya menjadi johan daerah dan seterusnya layak bertanding di peringkat negeri. Pasukan Kawad SKPTM telah berjaya menjadi johan negeri dan buat pertama kali dengan bangganya mewakili Pulau Pinang di peringkat kebangsaan yang diadakan di Sarawak.

Pasukan Kawad Kaki SKPTM terus berjaya menjadi johan daerah dan negeri dari tahun 2004 hinggalah 2006. Seterusnya mewakili Pulau Pinang di peringkat Kebangsaan iaitu di Perlis (2004), Kedah (2005) dan Sabah (2006).

Pada 28 Mac 2007, bertempat di Sekolah Menengah Agama Nibong Tebal, sekali lagi pasukan yang dibimbing sepenuhnya oleh guru-guru SKPTM,telah dinobatkan sebagai Johan Daerah buat kali ke-lima berturut-turut sekaligus bertanding di peringkat negeri yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan .Pada 12 Mei 2007, bertempat di Medan Letak Kereta Pejabat Pelajaran Daerah, Pasukan Kawad Kaki Puteri SKPTM telah berjaya menjadi johan buat kali ke-lima dan seterusnya sekali lagi mewakili Pulau Pinang ke Peringkat Kebangsaan.

Pada 29 Mei 2007, bertempat di Medan Letak Kereta Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Pasukan Kawad Kaki Puteri SKPTM sekali lagi mewakili Pulau Pinang di peringkat kebangsaan.





Johan Daerah 2006 dan Johan Negeri 2oo6




Johan Daerah 2007 dan Johan Negeri 2007




Johan Daerah 2008 dan Johan Negeri 2008

Pada 29 Mac 2008, Pasukan TKRS puteri SKPTM, buat kali yang keenam berturut-turut telah berjaya menjadi johan daerah dan pada 8 Mei 2008 telah dinobatkan sekali lagi sebagai johan negeri. Pasukan kawad SKPTM akan mewakili Pulau Pinang ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan.


Pantang berundur, setelah melangkah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan