Isnin, 21 Julai 2008

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Alhamdulillah, dengan izin yang Maha Esa, Pasukan Kawad Kaki TKRS, Puteri, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat telah berjaya mencapai kejayaan buat kali yang ke-6 di peringkat daerah dan negeri Pulau Pinang bagi tahun 2008.

Tahniah, buat guru dan ahli Pasukan Kawad Kaki Sekolah Permatang Tok Mahat yang terus berusaha dan mendisplinkan diri selaras dengan objektif penubuhannya iaitu melahirkan insan yang berani menyahut cabaran dan mempunyai semangat keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya.

Semoga kecemerlangan yang dizahirkan oleh Pasukan Kawad Kaki Sekolah Permatang Tok Mahat dapat diterjemahkan dengan kejayaan di peringkat kebangsaan pada masa akan datang . Setiap kegagalan merupakan satu muhasabah diri dalam mencari kejayaan. Pasukan Kawad SKPTM akan terus menyempurnakan, memantapkan dan terus membaiki sebarang kelemahan supaya dapat mencapai sasaran sebagai johan kebangsaan.

Kerjasama dari pihak sekolah, wakil-wakil rakyat,orang-perseorangan dan semua individu secara langsung ataupun tidak amatlah dihargai dan semoga ia mendapat rahmat daripadaNya. Insyaallah.



SHAIFUL FAIRUZ SHAHIDAN ,
MAZILAH MUSTAFFA DAN LINA MOHAMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan